Apple Inc
dahulunya dikenali sebagai Apple Computer Inc ialah sebuah syarikat multinasional yang
mencipta alat elektronik, perisian komputer dan lain-lain yang berkaitan dengan
perkomputeran samada untuk kegunaan peribadi mahupun pelanggan komersil. Produk teras Apple Inc adalah terdiri
daripada iPhone,
alat pemain muzik iPod dan pelbagai jenis komputer Macintosh. Secara rasminya,
Apple Inc
ditubuhkan oleh pengasasnya Steve Jobs dan Steve Wozniak pada 1 April 1976.
Produk pertama yang dicipta ialah Apple I. Syarikat diperbadankan pada tahun 1977. Selama 20
tahun seterusnya, Apple Inc adalah pengeluar terbesar komputer peribadi
termasuk Apple
II dan Macintosh dan rangkaian Power Mac.
Pada tahun 2001, alat pemain muzik yang
sangat diminati ramai iPod dikeluarkan. Kejayaan ini telah melonjakkan nama Apple Inc sebagai
pengeluar alat elektronik konsumer yang teratas. Oleh sebab itu, nama syarikat
ditukarkan daripada Apple Computer Inc kepada Apple Inc. Fenomena terbaru
yang dilakukan Apple
Inc ialah apabila ia mengularkan produk seperti iPhone,
iPod Touch,
dan yang paling terbaru iPad. Pada waktu ini Apple Inc adalah syarikat teknologi terbesar di dunia yang
mencatat jualan mencecah AS60 bilion setahun.
Jadi bagaimanakah Steve Jobs dan
pakar-pakar di Apple
Inc bekerja sehingga boleh mencatat suatu kejayaan yang begitu
cemerlang samada didunia teknologi mahupun pencapaian dengan syarikat dalam
industri yang lain.
Steven Paul "Steve" Jobs (24 Februari 1955 – 5
Oktober 2011) ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat.
Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga
pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios; dan juga
menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah
Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam
filem Toy Story (1995).
Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama
Apple), Mike Markkula,dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah
satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II.
Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat
potensi komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus
yang membawa kepada lahirnya Macintosh. Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga
pengarah pada tahun 1984, Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang
khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996, Apple
membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan
berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada
1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucasfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios. Beliau
kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli
oleh The Walt Disney company pada tahun 2006. Dengan
itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7% dan juga ahli
Lembaga Pengarah Disney.
Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik
seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan
individualistik, menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan
penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau
disanjungi kerana jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna
dan anggun pada masa yang sama.
Pada 24 Ogos 2011, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai
KPE Apple dan bakal digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau, Jobs
dilantik sebagai Pengerusi lembaga
pengarah Apple.
Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal
dunia pada usia 56 tahun.
Kehidupan awal
Steve Jobs dilahirkan di luar nikah di San Francisco, California oleh
Joanne Carole Schieble, ibunya yang merupakan warganegara Amerika
Syarikat, dan Abdulfattah John Jandali, bapanya seorang Arab muslim
yang berkebangsaan Syria,
dengan kedua-dua mereka itu merupakan penuntut siswazah ketika itu. Bapanya
kemudian menjadi profesor sains politik. Seminggu selepas kelahirannya, Jobs
diserahkan sebagai anak angkat kepada Paul dan Clara (née Hagopian) Jobs dari
Mountain View, Kaunti Santa Clara, California. Mereka memberinya nama Steven
Paul Jobs.
Ibu bapa kandungnya kemudian berkahwin dan melahirkan adik
perempuan Jobs, iaitu penulis novel Mona Simpson, yang Jobs tidak pernah
bertemu sehingga mereka dewasa. Bagaimanapun, perkahwinan ibu bapa kandungnya
berakhir dengan penceraian beberapa tahun kemudian. Job tidak suka mendengar
Paul dan Clara Jobs digelar "ibu bapa angkat" dan merujuk kepada
mereka sebagai ibu bapanya yang tunggal.
Jobs belajar di Sekolah Menengah Cupertino dan kemudiannya di
Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, California, dan seringnya
menyertai syarahan-syarahan selepas waktu sekolah di Syarikat Hewlett-Packard di Palo Alto,
California. Tidak lama kemudian, beliau diupah oleh Steve Wozniak
sebagai pekerja musim panas. Pada tahun 1972, Jobs tamat sekolah tingginya
dan mendaftarkan masuk ke Kolej Reed di Portland, Oregon. Walaupun beliau
tercicir selepas hanya satu semester, beliau masih meneruskan kelas-kelas audit
seperti seni khat di Reed. "Jika saya tidak meneruskan kursus tunggal
itu semasa di kolej, Mac tidak akan mempunyai berbagai-bagai muka taip
atau fon teruang mengikut kadar," beliau berkata.
Pada musim luruh tahun 1974, Jobs kembali ke California dan mula menyertai
perjumpaan-perjumpaan Kelab Komputer Homebrew
dengan Steve Wozniak. Beliau bekerja sebagai
juruteknik di Atari, sebuah pengilang untuk permainan video yang popular, dengan
tujuan utama untuk menyimpan wang yang mencukupi supaya dapat ke India untuk mencari
ketenangan rohaniah. Semasa dekad 1960-an, wisel yang terkandung di dalam setiap kotak bijirin
sarapan Cap'n Crunch didapati oleh para pemphreak telefon (dan dipopularkan oleh John Draper) bahawa ia boleh mengeluarkan
semula nada penyeliaan 2600 Hz yang digunakan oleh
sistem telefon jarak panjang AT&T jika separuh wisel itu dilekatkan
dengan pita perekat. Selepas membaca tentang perkara itu dan berjumpa dengan John Draper kemudian, Jobs dan Wozniak
memulakan sebuah perniagaan yang tidak lama wujud pada tahun 1974 untuk membina "kotak biru" yang membenarkan
panggilan jarak panjang percuma yang haram.
Jobs kemudian mengembara secara menumpang ke seluruh India
bersama-sama Daniel Kottke, kawannya daripada Kolej
Reed (yang kemudiannya menjadi pekerja Apple yang pertama), untuk mencari
kesedaran falsafah. Beliau kembali dengan berpakaian India tradisional serta
kepala tercukur. Jobs kemudian kembali ke pekerjaannya di Atari dan ditugasi
untuk mencipta sebuah papan litar untuk permainan Breakout.
Menurut Nolan Bushnell, pengasas Atari, Atari
ketika itu sedang menawarkan AS$100 bagi setiap cip yang dikurangkan dalam
mesin permainan. Jobs tidak mempunyai sebarang minat atau pengetahuan tentang
reka bentuk papan litar dan membuat perjanjian dengan Wozniak bahawa beliau akan
membahagikan bonusnya dengan sama rata jika Wozniak dapat mengurangkan bilangan
cip tersebut. Yang sungguh menghairankan Atari, Wozniak mengurangkan 50 cip
melalui sebuah reka bentuk yang sangat ketat sehingga tidak dapat dikilangkan
dengan rangkaian pemasangan. Pada masa itu, Jobs memberitahu Wozniak bahawa
Atari hanya membayarnya AS$700 (sedangkan yang dibayar ialah AS$5,000) dan oleh
itu, bahagian Wozniak adalah AS$350.
Permulaan Apple Computer
Apabila Jobs yang ketika itu berumur 21 tahun melihat komputer
yang direka oleh Wozniak untuk kegunaan diri, beliau meyakinkan Wozniak untuk
membantunya dan mereka memulakan sebuah syarikat untuk memasarkan komputer. Syarikat
Apple Company diasaskan sebagai sebuah perkongsian pada 1 April 1976. Walaupun tujuan
permulaan mereka adalah hanya untuk menjual papan litar bercetak, Jobs and Wozniak
akhirnya mencipta sekumpulan komputer siap pasang dan dengan itu, menyertai
perniagaan komputer peribadi. Apple I,
komputer peribadi pertama yang Jobs dan Wozniak memperkenalkan dijual pada
harga AS$666.66, suatu nombor yang dicadangkan oleh Wozniak kerana beliau suka
akan digit yang berulang. Apple II, pengganti untuk komputer pertama, diperkenalkan pada
tahun berikut. Komputer kedua ini mencapai suatu kejayaan yang unggul dan
menyebabkan Apple menjadi satu pemain yang utama dalam industri komputer
peribadi yang baru muncul (nascent). Pada bulan Disember 1980, dengan Tawaran Awam
Permulaan (IPO) yang amat berjaya, Apple Computer menjadi sebuah perbadanan
yang didagang secara awam, dan menyebabkan Jobs menjadi seorang jutawan.
Ketika Apple terus berkembang, syarikat itu mula mencari seorang
eksekutif yang berpengalaman untuk membantu menguruskan perkembangannya. Pada
tahun 1983,
Jobs memikat John Sculley untuk meletakkan jawatannya di
Pepsi-Cola untuk menjawat Ketua Pegawai Eksekutif Apple dengan cabaran, "Adakah
anda hendak menghabiskan seumur hidup anda dengan menjual air gula, atau anda
hendak suatu peluang untuk mengubah dunia?" Pada tahun berikut, Apple
mula berbuat demikian dengan iklan televisyen Super Bowl yang berjudul "1984". Dua hari kemudian dalam
mesyuarat pemegang saham tahunan pada 24 Januari 1984, suatu Jobs yang
penuh beremosi memperkenalkan Apple
Macintosh kepada wildly enthusiastic audience; Andy Hertzfeld memerihalkan the scene as
"pandemonium". Macintosh menjadi komputer antara muka pengguna grafik yang pertama
yang mencapai kejayaan komersil, walaupun ia amat dipengaruhi oleh Xerox PARC. Pembangunan Mac dimulakan oleh
Jef Raskin, dan akhirnya diambil alih oleh
Jobs.
Sedangkan Jobs merupakan seorang persuasive and charismatic
evangelist bagi syarikat Apple, sesetengah pekerja pada zaman itu
memerihalkannya sebagai seorang pengurus yang tidak menentu dan tempestuous.
Suatu industry-wide sales slump menjelang akhir tahun 1984
menyebabkan deterioration dalam hubungan working relationship Jobs dengan
Sculley, dan pada akhir bulan Mei 1985 – menyusuli suatu power struggle dalaman
dan pengumuman significant layoffs – Sculley menyingkirkan Jobs daripada
tanggungjawabnya sebagai ketua bahagian Macintosh.
NeXT
Pada tahun 1986,
apabila Jobs mendapati bahawa beliau di ketepikan oleh syarikat yang
diasaskanya, beliau menjual semua kecuali satu sahamnya dalam syarikat Apple.
Pada sekitar masa itu, beliau mengasaskan lagi sebuah syarikat komputer, NeXT Computer. Seperti Apple Lisa,
stesen kerja NeXT adalah maju dari segi teknologi, tetapi komputer itu tidak
pernah berupaya memasuki aliran utama, khususnya kerana harganya yang mahal.
Bagaimanapun, antara mereka yang mampu membelinya, stesen kerja NeXT menarik
pengikut yang kuat kerana kekuatan tekniknya, terutama antaranya adalah sistem
pembangunan perisian berorientasi objeknya. Jobs memasarkan
produk-produk NeXT kepada bidang-bidang saintifik dan akademik kerana
teknologi-teknologi inovatif dan uji kajinya yang baru (seperti inti Mach, cip pemproses isyarat digital, dan port Ethernet
terbina).
NeXTcube ditonjolkan oleh Jobs sebagai sebuah komputer
"interpersonal" yang beliau percaya merupakan langkah yang menyusuli
pengkomputeran "peribadi". Menurut beliau, jika komputer berupaya
membenarkan orang-orang berkomunikasi dan bekerjasama dengan cara yang mudah,
ia akan mengatasi banyak masalah yang dihadapai oleh komputer
"peribadi". Jobs telah dikritik kerana tidak memasukkan ciri-ciri
perangkaian terbina dalam Macintosh yang asal (menggelarnya "tali pusat ke
syarikat"), dan beliau berazam tidak akan mengulangi kesilapannya. Pada
zaman ketika e-mel
merupakan teks mudah kepada kebanyakan orang, Jobs gemar menunjukkan NeXTMail, sistem e-mel NeXT, sebagai salah
satu contoh falsafah "interpersonal"-nya. NeXTMail merupakan salah
satu e-mel yang awal untuk mendukung audio dan grafik yang jelas secara
sejagat, boleh diklik terbenam.
Jobs mengendalikan NeXT dengan ketaksuban kepada kesempurnaan
estetik, ini terbukti dengan benda-benda seperti bekas magnesium NeXTcube. Ini
mengakibatkan tekanan yang ketara pada bahagian perkakasan NeXT dan pada tahun 1993 selepas hanya menjual
50,000 buah mesin, NeXT beralih sepenuhnya kepada pembangunan perisian dengan
penerbitan NeXTSTEP/Intel.
Kembali ke Apple
Pada tahun 1996,
Apple membeli NeXT pada harga AS$402 juta, dan mengembalikan
Jobs kepada syarikat yang diasaskannya. Pada tahun 1997, beliau menjadi Ketua
Pegawai Eksekutif Apple yang interim selepas para pengarah lembaga lost
confidence in dan ousted then-CEO Gil Amelio dalam sebuah boardroom coup. Pada bulan Mac 1998, supaya dapat
menumpukan usaha Apple kepada returning to profitability, Jobs dengan segeranya
menamatkan sebilangan projek sepertiNewton, Cyberdog, dan OpenDoc. Pada bulan-bulan yang berikut,
banyak pekerja mengembangkan ketakutan untuk berhadapan dengan Jobs ketika
menaiki lif kerana "taka bahawa mereka tidak akan mempunyai pekerjaan lagi
apabila pintu lif dibuka". Realitinya adalah bahawa summary executions Job
adalah jarang, tetapi sebilangan mangsa adalah mencukupi untuk terrorize
seluruh syarikat. Amalan itu kemudian dikenali sebagai "diStevekan" ("getting
Steved").
Dengan pembelian NeXT, kebanyakan daripada teknologi syarikat
digunakan dalam produk-produk Apple, khususnya NeXTSTEP, yang berkembang menjadi Mac OS X.
Di bawah bimbingan Jobs, jualan syarikat naik dengan ketara dengan pengenalan iMac dan produk-produk lain yang baru; sejak
dari masa itu, reka-reka bentuk yang menarik serta penjenamaan yang berkuasa
telah memberikan kejayaan yang unggul kepada Apple. Dalam Expo Macworld 2000,
Jobs menggugurkan modifier "interim" daripada jawatannya di Apple dan
menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang tetap, suatu jawatan yang masih dipegang
oleh beliau pada hari ini.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, syarikat Apple telah branched
out. Dengan pengenalan pemain musik mudah alih iPod, perisian muzik
digitial iTunes,
dan iTunes Store,
syarikat itu sedang making forays ke dalam bidang elektronik pengguna dan pengedaran muzik. Apple
baru-baru sahaja menyertai perniagaan telefon
bimbit dengan pengenalan iPhone, suatu
telefon bimbit paparan berbilang sentuh, iPod, dan peranti
internet. Sementara merangsang inovasi, Jobs juga mengingati pekerja-pekerjanya
bahawa "seniman-seniman yang sebenar menghantar",Apa yang dimaksudkan
dengan pernyataan itu adlah bahawa penghantaran working produk pada tepat masa
adalah sama penting dengan inovasi dan reka bentuk yang menarik.
Jobs bekerja di Apple pada gaji tahunan sebanyak AS$1, dan ini
menyebabkannya disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai "Ketua
Pegawai Eksekutif dengan Gaji Yang Terendah". Dalam ucapan keynote 2000 Ekspo Macworld di San Francisco, syarikat
itu menggugurkan perkataan "interim" daripada nama jawatannya, dan
menyebabkannya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang kekal. Gajinya di Apple
masih dikekalkan pada AS$1 setahun secara rasmi walaupun secara tradisi, beliua
telah menerima sebilangan "hadiah eksekutif" yang lumayan,termasuk
sebuah jet yang berharga AS$46 juta paa tahun 1999 dan nyaris-nyaris 30
juta saham terhad pada tahun 2000-2002.
Oleh itu, Jobs dicompensated well untuk usaha-usahanya di Apple walaupun
gajinya hanya sedolar pada nama sahaja. Pendekatan ini mengurangkan personal
tax liability kerana di bawah undang-undang cukai Amerika Syarikat sekarang,
pendapatan gaji dicukai pada kadar yang jauh lebih tinggi (kini sehingga 35%)
berbanding dengan cukai capital gains (kini sebanyak 15% maksimum) yang
dikenakan pada keuntungan yang berasal daripada penjualan stock grants.
Meninggal Dunia
Apple telah melaporkan bahawa kematian Steve Jobs selepas beliau
bergelut dengan penyakit akibat kanser
pankreas sejak sekian lama. Pada hari kematiannya, laman web Apple
telah memetik "Apple telah kehilangan seorang yang genius dan dunia telah
hilang lelaki yang luar biasa. Kami bertuah berkerja bersama beliau, seorang
mentor yang berinspirasi tinggi. Semoga semangat beliau kekal bersama
Apple"."
Rahsia Kejayaan Steve Jobs
Mereka bermula dengan wang sebanyak USD1,300 (RM3,900) yang
diperoleh daripada hasil jualan kalkulator saintifik milik Stephen Gary Wozniak
dan Volkswagen milik Steve Jobs. Dengan wang ini mereka menghasilkan sendiri
komputer peribadi di garaj rumah keluarga Steve Jobs. Komputer-komputer ini
kemudiannya dijual di pasaran dan pada April 1976, syarikat Apple
ditubuhkan.
Dan kini selepas 35 tahun, Apple merupakan antara syarikat
korporat paling berjaya di Amerika Syarikat dan dunia dengan nilai pasaran
saham sekitar USD200 billion (RM600 billion) dan hanya beberapa langkah di
belakang pencapaian Microsoft.
Apakah yang menjadikan Apple sebagai syarikat korporat yang cukup
dikagumi rakan dan pesaingnya? Produk-produk keluarannya seperti iPod, iPhone
dan iPad menjadi rebutan di pasaran dan ini dapat dibuktikan apabila di
Sydney, beribu pembeli sanggup berkhemah di luar kedai dua hari sebelum
iPhone4 dilancarkan?
Bukan setakat itu, produk keluaran Apple mempunyai golongan
pembeli yang cukup setia di mana majoriti mereka yang menggunakannya tidak akan
bertukar ke jenama lain walaupun harganya lebih mahal dari produk-produk lain
yang seumpamanya.
Jika dirujuk pada majalah-majalah perniagaan di Amerika Syarikat,
terdapat banyak faktor yang boleh disenaraikan sebagai penyumbang kepada
kejayaan Apple ini. Namun, artikel ini akan menyenaraikan enam faktor utama
yang dikenalpasti menjadikan produk-produk Apple sebagai antara produk yang
paling berjaya dalam pasaran.
Karisma Kepimpinan Steve Jobs
Percaya atau tidak Steve Jobs tidak mempunyai ciri-ciri bos idaman
seorang pekerja. Beliau terkenal dengan gaya kepimpinan autokratik dan sukar
untuk sesiapa bekerja di bawahnya. Mereka yang pernah bekerja dengannya
mengatakan beliau bukan sahaja boleh mengubah keputusan yang telah dibuatnya
dalam sekelip mata malah adakalanya beliau akan memalukan mereka yang tidak
sependapat dengan pandangannya.
Visi yang idealistic
Tetapi di sebalik itu, Steve Jobs telah berjaya memulihkan Apple
yang di ambang kejatuhan, menaikkan keuntungan syarikat dan mengembalikan imej
Apple. Harga saham Apple telah meningkat lebih dari 8 kali ganda semenjak
beliau menerajui Apple.
Walaupun beliau tegas dan keras dalam memimpin mengikut caranya
sendiri, Steve dilihat sebagai seorang pemimpin yang bijak dan mempunyai visi
yang idealistik iaitu ‘menghasilkan komputer sebagai suatu alat untuk mengubah
dunia’ dan ini membuatkan ramai yang tertarik untuk bekerja dengannya.
Pencipta iPod dan iPhone ini meletakkan tanda aras yang tinggi
untuk inovasi dimana beliau merupakan CEO yang sangat obses dalam memastikan
produk-produk Apple sempurna dalam setiap perkara. Steve Jobs memastikan
produknya adalah yang terbaik kerana beliau percaya jika ‘anda menghasilkan sesuatu yang amat hebat,
maka setiap orang akan mahu menggunakannya’. Malah, dedikasi
beliau pada penemuan baru dan kecemerlangan ini telah mencipta budaya yang
menjadikan Apple sebagai simbol inovasi.
Matlamat yang Jelas
Di Apple, matlamat akhirnya bukannya untuk membuat keuntungan
tetapi Apple meletakkan dengan jelas matlamat utamanya ialah untuk
‘merekabentuk, membangunkan dan membawa kepada pasaran produk-produk yang lebih
bagus’. Apple percaya dari situ, orang ramai akan menyukai produk-produknya,
mendapatkannya dan dari situlah mereka menjana pendapatan.
Kerana itu, Apple memastikan agar mereka tidak hanya sekadar
menghasilkan produk baru yang hanya sekadar berbeza dengan produk pesaing
tetapi mereka memastikan produk yang dihasilkan lebih bagus serta mempunyai
kualiti tinggi. Bagi Apple, sekadar menghasilkan produk yang berbeza dan
baru itu adalah mudah.
Penekanan pada aspek ‘lebih bagus’ pada produk Apple mencerminkan
pendirian syarikat tersebut untuk tidak mahu menjadi sebuah syarikat yang
berterusan mengeluarkan produk yang baru hanya semata-mata kerana mahu terus
‘hidup’ tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya. Bagi Apple, adalah satu
pembaziran apabila sesebuah syarikat itu menggunakan segala sumbernya yang ada
termasuk masa bekerja pekerja hanya untuk mengeluarkan produk yang baru yang
tidak memberi nilai baru pada pembeli.
Inovasi, Satu Cara Hidup
Inovasi merupakan jantung dan nyawa Apple. Di Apple, inovasi tidak
dijadikan kenyataan yang ditampal di dinding One Infinite Loop, ibupejabatnya
tetapi ia dijadikan cara hidup di syarikat tersebut. Mereka bukan setakat
berfikir bagaimana untuk menghasilkan produk baru yang lebih bagus seperti iPod
dan iTunes Stores (yang merupakan ‘kedai jualan’ muzik kedua terbesar di US
selepas Walmart).
Tetapi mereka juga berterusan mengenalpasti jalan bagi
menambahbaik produk sedia agar menjadi lebih bagus, contohnya seperti iPad 2
yang lebih 33 peratus lebih nipis, 15 peratus lebih ringan dan 2 kali lebih
laju dari iPad 1. Begitu juga dengan iPod Nano yang merupakan inovasi dari
produk asalnya iaitu iPod.
Produk yang mengujakan
Pembangunan produk baru di Apple bermula dari keberanian mereka
menghasilkan produk yang benar-benar membuat diri mereka sendiri teruja terlebih
dahulu dan adakalanya ia bermula dengan dengan mempersoalkan kemampuan produk
sedia ada. Sebagai contohnya idea penghasilan iPhone bermula dengan
soalan-soalan pelik seperti di bawah:
“Apa yang kita benci ? Telefon bimbit. Apa yang kita akan ada dengan
teknologi sedia ada ? Telefon bimbit dengan Mac di dalamnya. Apa yang kita mahu
miliki ? Sebuah iPhone.”
Dan setiap usaha inovasi di Apple diambil begitu serius sehingga
ia dipanggil usaha ‘moon shot’
di US. (‘Moon shot’adalah
istilah yang digunakan untuk merujuk kepada program angkasa lepas oleh NASA).
Mereka bersungguh-sungguh memfokuskan segala sumber yang ada untuk menghasilkan
sesuatu produk walaupun kejayaannya di pasaran masih belum pasti sepertimana
produk Apple TV, G4 Cube dan MacBook Air yang tidak berjaya di pasaran.
Namun, sebagai sebuah syarikat yang berteraskan inovasi, kegagalan
adalah lumrah bagi Apple. Apa yang penting bagi mereka, setiap usaha
penghasilan produk inovasi wajib dibuat dengan bersungguh-sungguh kerana
apabila produk itu berjaya, kejayaan yang dicapainya adalah besar dan mengatasi
kegagalan produk-produk terdahulu.
Ini dapat dilihat jumlah jualan iPhone yang mencecah 45 juta di
seluruh dunia setakat tahun 2010. Manakala jualan iPad pula mencecah 3 juta
unit hanya dalam masa 80 hari pelancarannya.
Pasukan Kerja yang Istimewa
Tidak semua orang boleh bekerja dengan gaya kerja Steve Jobs dan
tidak semua orang boleh bekerja dengan Apple walaupun mempunyai kemahiran dan
pengalaman yang banyak. Apple memerlukan pasukan kerja yang mereka gelarkan
sebagai ‘pasukan kerja yang istimewa’.
Setiap pekerja di Apple mempunyai fungsi tugas mereka sendiri
tetapi terdapat ‘garisan halus’ di antara fungsi-fungsi tersebut di mana setiap
dari mereka mesti mampu berkolaborasi atara satu sama lain walaupun mempunyai
projek yang berlainan.
Mereka juga hanya akan mengambil pekerja yang merasa tidak puas
atau cukup dengan apa yang ada. Pereka produk Apple mestilah seorang fanatik
dalam menghasilkan produk yang benar-benar sempurna sehinggakan bentuk skru di
bawah MacBook pun dipastikan selari dengan rekabentuk keseluruhan MacBook
tersebut. Apple memerlukan pereka produknya mempunyai kepercayaan (belief), nyalarasa (passion) dan komitmen dalam
mencapai kesempurnaan.
Kemampuan beremosi
Bagi jawatan jurutera, Apple bukan sekadar mencari mereka yang
mempunyai kemahiran teknikal tetapi juga yang mempunyai kemampuan beremosi.
Kemampuan beremosi di sini merujuk kepada nyalarasa dan daya tahan yang mampu
mendorong diri jurutera tersebut untuk mengatasi segala halangan dari segi
teknikal dan rekabentuk bagi memastikan sesuatu projek itu siap mengikut
jadual.
Seperkara lagi, tekanan di kalangan rakan sekerja di Apple amat
tinggi sehinggakan ketua sesuatu unit atau projek akan ditolak oleh orang
bawahan sekiranya pencapaiannya lemah. Menurut Ketua Pegawai Operasi Apple
iaitu Tim Cook, Apple bukan tempat bekerja bagi mereka yang mempunyai hati dan
semangat yang lemah.
Mampu Membentuk dan Mewujudkan Pasaran Baru
Bagi Steve Jobs, sesuatu produk yang dihasilkan tidak semestinya
kerana pasaran memerlukannya, tetapi apa yang penting adalah untuk
‘menghasilkan produk yang pasaran yang mahukan sebelum mereka sendiri sedar
mereka mahukannya’. Kerana itu Steve Jobs diketahui tidak berpegang pada kaedah
kajian pasaran, grup fokus dan sebagainya tetapi dia menghasilkan produk yang
beliau mahukan.
Sebagai contohnya, ketika iPhone dan iPad mula-mula diperkenalkan,
adakah sesiapa yang mahukannya sebelum ia dijual? Tetapi apabila ia telah
djual, hampir setiap daripada kita mahu memilikinya.
‘Cool factor’
Kemampuan berkomunikasi dan perhubungan awam Steve Jobs dikatakan
faktor utama produknya berjaya di pasaran. Realitinya itu hanyalah faktor
penyokong, faktor utama kejayaannya adalah faktor ‘cool’ (cool factor) yang ada pada produk
tersebut yang terhasil dari inovasi kreatif, rekabentuk unik yang
bergaya, mesra pengguna serta pada harga yang munasabah.
Seperkara lagi, dalam menghasilkan produknya, Apple sedar apa yang
penting kepada majoriti pengguna adalah pengalaman menggunakan produk tersebut
bukannya teknologi di sebalik produk tersebut. Pengguna lebih teruja dengan
kemampuan iPod menyimpan sehingga 1,000 lagu bukannya dengan spesikasi pemacu
keras (hard drive) di dalam
iPod tersebut.
Persepsi pasaran
Apple juga berjaya membentuk persepsi pasaran bahawa jenamanya
adalah jenama berteknologi tinggi sepertimana jenama Chanel dan Polo dalam
dunia fesyen. Produk-produk Apple telah menjadi produk yang mendefinasikan
identiti pemiliknya di mana pemiliknya dipandang sebagai mereka yang inovatif,
bijak, bergaya dan berbeza dengan orang kebanyakkan yang lain.
Rangkaian Produk yang Sedikit
Berbanding dengan pengeluar produk telefon bimbit dan komputer
riba yang lain, Apple mempunyai rangkaian produk yang sedikit. Ini memudahkan
pengguna untuk memahami perbezaan antara produk-produknya dan sekaligus
memudahkan pembeli membuat kepurusan untuk membeli.
Sebagai contohnya bandingkan di laman web berapa banyak
jenis telefon pintar yang dijual iPhone dengan jenama Nokia dan Blackberry.
Jumlah jenis telefon pintar iPhone boleh dikira hanya dengan satu jari sahaja.
Memfokuskan sumber
Justeru pendekatan yang digunakan Apple adalah menghasilkan
hanya beberapa produk dengan menggunakan segala sumber yang ada di tangan dan
menjadikannya berjaya. Mereka percaya jika sesebuah syarikat menggunakan
sumber yang ada untuk mengeluarkan rangkaian atau jenis produk yang banyak,
kualiti dan fungsinya akan menurun.
Ini kerana sumber untuk menghasilkan setiap produk akan
berkurangan dek kerana jumlah rangkaian dan jenis produk yang banyak mahu
dihasilkan. Produk yang mempunyai kualiti dan fungsi yang rendah tidak akan
mampu berjaya di pasaran.
Keenam-enam strategi yang digariskan di atas secara keseluruhannya
menggambarkan moto Apple itu sendiri iaitu ‘Think Different’ atau berfikir
dengan cara berbeza. Apple memilih untuk menggunakan pendekatan yang berbeza
dalam menguruskan perniagaannya yang adakalanya bertentangan dengan teknik
pengurusan tradisional yang telah lama diamalkan oleh syarikat-syarikat lain.
Dan perbezaan inilah yang akhirnya meletakkannya sebagai salah
satu jenama dan syarikat korporat yang paling berjaya di dunia.
Sumber Rujukan: