Produk





Sistem Pintar MyCar  adalah alat yang dilengkapi teknologi perkakasan dan perisianterkini seperti alat pengesan (camera dan sensor) , wireless, Kawalan Smartphone ,sistem Frekuensi Radio (RFID) dan GPS tracker yang boleh mengesan jarak kenderaan serta dimana beradanya kenderaan pelanggan. Produk ini amat sesuai dipasang pada kenderaan seperti kereta, van, bas serta lori atau trak.Walaubagaimanapun sasaran pasaran kami adalah bagi kenderaan awam dalam kategori kelas sederhana.

Sistem ini merupakan integrasi antara beberapa sistem pengesanan sedia ada dan juga beberapa modul kepintaran perisian  yang juga telah sedia ada di pasaran atau sedang dalam fasa R & D, kami mengambil inisiatif mengintegrasi beberapa modul pengesanan dan modul kepintaran perisian  bagi bagi membantu pengguna menyelesaikan masalah harian mereka di samping membantu memberikan maklumat awal berkaitan modul yang ditawarkan.
 Sistem integrasi yang dibangunkan menyediakan paparan GUI yang dinamik dan interaktif. GUI mempunyai fungsi ketetapan konfigurasi sebagai input dan dan paparan output setelah pemprosessan berlaku pada setiap modul yang berintegrasi. Pengguna boleh mencapai fungsi tetapan konfisgurasi dengan hanya memilih ikon yang berkaitan. Begitu juga membuat pilihan fungsi bagi paparan LCD pelbagai fungsi. Notifikasi peringatan akan dihantar secara automatik kepada pengguna melalui isyarat ‘beep’ serta paparan notifikasi bagi modul yang berkaitan.

Klik Disini untuk Poster Produk