Dato’ Haji Ramly Bin Mokni berasal dari Sekinchan, Selangor. Beliau telah berkahwin dengan Puan Hajjah Shala Siah Bt Abdul Manap dan di kurniakan 3 orang anak. Beliau memulakan perniagaan pada tahun. Kini beliau mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur.
Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura. Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.
PRODUK RAMLY
Ramly Mokni bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada
awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan
mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
ANTARA DUGAAN YANG DIHADAPI
1) Cabaran bagi pengusaha Ramly Burger iaitu Dato' Ramly Mokni
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang .Beliau menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta. Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga. Beliau seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Beliau mengatakan sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya.Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya.
2) Isu DNA babi dalam Ramly Burger
Isu DNA Babi dalam Ramli Burger telah heboh diperkatakan pada suatu ketika dahulu. Ia berikutan sebuah blog memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian satu sample produk Ramly Burger di sana. Perkara ini telah dinafikan sekeras kerasnya oleh Dato’ Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramli yang mengeluar dan memasarkan produk tersebut. Dalam surat terbuka bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikat mereka yang 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama Islam dengan 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga beragama Islam. Beliau menambah bahawa sebagai kumpulan beragama Islam, mereka sungguh menitik beratkan soal halal haram dan mempunyai jabatan dan jawatankuasa halal untuk memastikan status halal produk yang dikeluarkan. Beliau mendakwa memang ada kertas bungkusan yang bukan milikan Ramly telah ditemui digunakan dan aduan polis telah dibuat tentang perkara ini. Satu pemeriksaan premis telah dilaksanakan oleh Pejabatan Kesihatan Daerah Kulim, Kedah yang mengesahkan tiada DNA Babi ditemui.
3) Dituduh bertukar tangan dengan syarikat bumiputera
Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang terkenal dengan jenama Ramly Burger menafikan bahawa kepentingan syarikat itu telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera. Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Siti Hayu Ramly berkata, tidak pernah pada bila-bila masa pegangan syarikat itu dijual dan perniagaan yang berusia 30 tahun itu kekal di tangan pengasasnya, Datuk Ramly Mokni. Siti Hayu yang merupakan generasi kedua pengasas perniagaan itu terpaksa tampil untuk menjelaskan perkara berkenaan memandangkan pelbagai spekulasi tersebar sejak kebelakangan ini.
4) Hanya dianggap sebagai sampah di Singapura
Burger Ramly sangat popular di Malaysia, Burger Ramly merupakan Ikon makanan yang kita tahu mudah didapati di pasar malam atau di kiosk - kiosk kaki lima diwaktu malam tetapi di Singapura hanya di kenali sebagai pembungkus makanan. Ini kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan daging dan ayam Ramly Burger disana buat jangka waktu yang lama . Sebaliknya apa yang ada adalah daging dengan jenama seperti Tasty, Sultan Burger and Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura. Pengasas Burger Ramly mencipta resepi burger keluarannya pada tahun 1979.Lima tahun selepas pelancaran, Ramly burger boleh didapati dimana - mana seluruh Malaysia termasuk Singapura, Thailand ke Filipina dan Indonesia.Tetapi hanya kertas pembungkus , mayonis, dan makanan sejuk beku seperti bebola sotong yang dipasarkan di Singapura.
FALSAFAH PERNIAGAAN DAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN.
Beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
PENCAPAIAN YANG DICAPAI DARI SEGI BAHAGIAN PASARAN, JUMLAH JUALAN, BILANGAN OUTLETS, PENGIKTIRAFAN, PENGGUNAAN ; PENERIMAAN PRODUK, DAN LAIN-LAIN
Dato' Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial. Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. Syarikat beliau telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992). Bukan itu sahaja malah pada tanggal 11 Disember 2009 beliau telah menerima pingat kebesaran berpangkat Dato daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena Hari Keputeraan baginda Sultan.
Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam waktu yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya. Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan tenaga kerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu memastikan matlamat syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. SME Bank telah meluluskan pembiayaan syariah kepada Ramly Food Processing Sdn. Bhd. bagi membiayai kos pembelian bahan mentah syarikat ini. Produk-produk syarikat ini telah dikenali ramai dan berkualiti tinggi. Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera terkemuka yang telah mencipta nama dalam industri makanan sejuk beku di negara ini.
Pengedaran
Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan. Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
Pengiktirafan
• 1982,1984,1992- Bank Pembangunan Malaysia:Pembangunan cemerlang
• 2008-MAHA/HPPNK:produk cemerlang
• Inovasi DPMM
•
• Kementerian Pertanian Malaysia:produk cemerlang
• 2010- GIANT jenama terkenal:pembekal tahunan terbaik
•
• Malaysian Industrial Estate Berhad:Penghargaan Pengguna
• 2009 - Pingat Kebesaran Pangkat Dato
FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN PERNIAGAAN.
Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
Kekuatan:
1. Jenama yang dikenali ramai
2. Konsep penghasilan produk yang kukuh
3. Menggunakan orang tengah untuk memasarkan produk
Kelemahan:
1. Kekurangan saluran keluar produk
2. Persekitaran produk yang tidak sihat
Peluang:
1. Produk baru
2. Target pasaran yang besar
3. Skop pengagihan produk yang luas
Cabaran:
1. Persaingan yang kuat
2. Kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan
4. Pengawalan undang-undang tempatan
GALERI
Sumber rujukan :
http://www.ramly.com.my/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&sec=Korporat&pg=ko_02.htm
http://greenboc.blogspot.com/2011/12/cubaan-sabotaj-frankfurter-ramly-gagal.html
http://prezi.com/wudtyhaev4sy/ramly-burger/
http://usahawanterbilang-berjaya.blogspot.com/2011/12/haji-ramly-bin-mokni.html
http://www.scribd.com/doc/172439020/Keusahawanan-Assignment-Raya-2#http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pegangprinsip__8216_Halal_BersihdanBermutu__8217_/Article
http://boisanerd.blogspot.com/2009/12/ramly-burger-is-now-dato-ramly-burger.html
http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger-dan-permasalahan.html
http://greenboc.blogspot.com/2011/12/cubaan-sabotaj-frankfurter-ramly-gagal.html
http://prezi.com/wudtyhaev4sy/ramly-burger/
http://usahawanterbilang-berjaya.blogspot.com/2011/12/haji-ramly-bin-mokni.html
http://www.scribd.com/doc/172439020/Keusahawanan-Assignment-Raya-2#http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pegangprinsip__8216_Halal_BersihdanBermutu__8217_/Article
http://boisanerd.blogspot.com/2009/12/ramly-burger-is-now-dato-ramly-burger.html
http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger-dan-permasalahan.html
http://dwnekonomi.dbp.my/wordpress/?p=315
http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger
http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger-dan-permasalahan.html-dan-permasalahan.html
http://www.pendapatanda.com/2012/01/sosej-lembu-ramly-ada-dna-babi-siapa.html
http://iksprofile.blogspot.com/2012/05/ramly-food-processing-sdnbhd.html
http://makanan-gddotcom.blogspot.com/
http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger
http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger-dan-permasalahan.html-dan-permasalahan.html
http://www.pendapatanda.com/2012/01/sosej-lembu-ramly-ada-dna-babi-siapa.html
http://iksprofile.blogspot.com/2012/05/ramly-food-processing-sdnbhd.html
http://makanan-gddotcom.blogspot.com/