Facebook - Mark Zuckerberg

~~~~Noramezah Amran~~~~


Mark Zuckerberg adalah merupakan seorang usahawan yang mengasaskan satu laman sembang yang dikenali Facebook. Laman sembang ini sungguh terkenal masa kini sebagai satu platform tempat orang awam berkomunikasi secara maya dengan saudara-mara serta kenalan tidak kira dimana jua berada. Beliau dilahirkan pada 14 May 1984 di White Plains, New York dan merupakan seorang pelajar di Universitti Havard semasa beliau mengasaskan Facebook pada tahun 2004. Beliau merupakan seorang anak muda yang mempunyai imagenasi yang tinggi serta tidak mudah putus asa.

Facebook adalah merupakan satu sistem jaringan sosial yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Universiti Havard. Facebook direka untuk rakan rakannya yang lain di universiti bagi memudahkan mereka berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka. Kini Facebook telah mengumpul lebih 500 juta pengikut yang aktif di seluruh dunia. Sehingga kini Mark Zuckerberg masih kekal sebagai Ketua Eksekutif (CEO) dengan nilai saham pemilikan sebanyak 57%.

Selain Facebook terdapat dua aplikasi yang hampir sama dengannya adalah  Myspace dan Friendster, malah lebih dahulu berada di persada Internet. Tetapi Facebook mempunyai keunikan dan kehebatan yang tersendiri lantas menyebabkan ia menjadi amat popular di Universiti Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej-kolej lain, sekolah-sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.

Mark Zuckerberg banyak dibantu oleh rakan-rakan programmernya yang lain untuk menjadikan Facebook satu platform sosial networking yang terbaik di dunia. Selepas 2 tahun beroperasi, banyak laman web sosial dan media seperti Myspace dan Youtube dijual dengan harga berjuta dollar. Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak USD580 juta, YouTube menerima tawaran USD1.5 billion dari Google tetapi Mark Zuckerberg langsung tidak berniat untuk menjual Facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD1 billion. Dengan pendirian yang tegas, beliau menyatakan bahawa  “Facebook bukan untuk dijual”.

Ini telah menimbulkan banyak kontrovesi dan beliau digelar seorangyang bodoh kerana tidak menerima tawaran tersebut. Pelbagai kritikan yang diterima tetapi beliau tetap berkeras tidak mahu menjual Facebook kepada sesiapapun. Hasilnya, setelah 3 tahun, beliau dinobatkan sebagai “World Youngest Selfmade Billionaire” oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD1.5 billion.


Rahsia Yang Disembunyikan Oleh Mark Pada Usahawan

Terdapat beberapa rahsia yang disembunyikan beliau secara tidak sengaja, yang boleh dijadikan panduan penting untuk para usahawan berpengalaman dan bakal usahawan. Antaranya adalah:

#1 - Keras Kepala dan Degil

Mark Zuckerberg adalah individu yang cukup dikenali dengan sifat degil beliau. Perkara ini jelas dipaparkan ketika syarikat-syarikat gergasi seperti Google, Yahoo, Microsoft yang berusaha keras untuk memujuk beliau supaya menjual Facebook.


Dari tahun 2004 hingga tahun 2007, tawaran harga yang dinyatakan oleh syarikat ini bukan angka ratusan ribu. Tetapi sehingga ratusan juta. Berikut adalah beberapa kronologinya yang dilaporkan di seluruh dunia:
  1. 2004 – Google menyatakan minat untuk membeli Facebook.
  2. 2005 – Viacom menawarkan Mark Zuckerberg sebanyak USD75 juta untuk mendapatkan Facebook.
  3. 2006 – Yahoo menawarkan sebanyak USD1 bilion kepada bakal bilionair muda.
  4. 2006 – Tahun yang sama ini juga memperlihatkan Viacom dan AOL menawarkan harga pemilikan sebanyak USD1.5 bilion.
  5. 2007 – Microsoft pula membuat keputusan untuk memikat hati Zuckberg supaya menjual Facebook, menerusi harga USD15 bilion.
Namun semua tawaran ini tidak mampu membuat Mark Zuckerberg hilang akal untuk menjual aset yang dibangunkannya sejak tahun 2004. Satu daripada sebab beliau berkeras kepala dan degil adalah kerana pendiriannya iaitu:


“Saya ingin membina sesuatu untuk manfaat jangka masa panjang. Selain daripada itu, semuanya adalah gangguan.”

#2 – Produk Nombor Satu, Selepas Itu Baru Bisnes

  “Misi Facebook bukan sekadar membina sebuah syarikat atau bsines. Kami sedang membina sesuatu untuk dunia ini.”

Mark Zuckberg mengakui bahawa dia terlalu obeses dengan Steve Jobs sehingga mengangkatnya sebagai ikon semasa pembabitannya di Facebook.  Dia juga kagum terhadap Steve Jobs kerana Steve Jobs begitu teliti dengan penghasilan produk-produk Apple, supaya produk syarikat ini tampil hebat, unit dan memikat hati manusia di seluruh dunia. Ayat diatas adalah kata-katanya yang diucapkan Charlie Rose. Justeru itu dapat lihat bagaimana Facebook sentiasa mengemaskini dan menambah pelbagai item baru yang selaras dengan sifat Mark Zuckerberg yang mengutamakan produk terlebih dahulu baru bercerita tentang bisnes.


#3 – Memilih Hanya yang Terbaik
Sebuah syarikat yang kukuh bukan sekadar bergantung pada produknya. Tetapi siapa yang memainkan peranan di belakang tabir.



Facebook adalah sebuah laman sosial yang mempunyai ratusan jentera pekerja yang mempunyai kepakaran spesifik. Ini yang menyebabkan mereka sukar ditandingi oleh pesaing-pesaing lain yang cuba meniru Facebook. Antara pekerja terbaik yang membuat keputusan untuk berhijrah ke laman sosial ini adalah:
  1. Bret Taylor (Facebook CTO – Chief Technical Officer) – Beliau adalah individu yang bertanggungjawab dalam pelancaran Google Local dan Google Maps.
  2. Sheryl Sandberg (Facebook COO – Chief Operating Officer) – Wanita ini adalah bekas Vice President of Online Operations and Sales di Google.




Rujukan :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mark_Zuckerberg
http://keajaibanpenjimatan.com/blog/sejarah-ringkas-facebook-dan-mark-zuckerberg/
http://kuasamotivasi.webs.com/apps/blog/show/7142452-mark-zuckerberg-1-focus-on-what-you-want-
http://www.majalahniaga.com/usd100-bilion-3-rahsia-mark-zuckerberg-sembunyikan-pada-usahawan.html