Kejayaan Pengasas Tudung Fareeda & Rekaan Persalinan Pengantin Oleh Vera Wang


Pemilik dan pengasas tudung Fareeda adalah seorang usahawan wanita berjaya masa kini yang berasal dari Pulau Pinang iaitu Puan Faridah Zakaria. Beliau memulakan perniagaan rekaan tudung ini dengan hanya berbekalkan 2 mesin jahit sahaja. Beliau mempunyai bakat dalam menjahit yang diwarisi dari ibu beliau sendiri.


Beliau merupakan usawahan wanita yang cekal dalam membina empayar perniagaannya, dimana pada peringkat permulaan perniagaan, beliau mengalami kesukaran dalam memasarkan hasil keluarannya di pasaran. Namun segala susah payah beliau terbalas, dimana kini jenama FAREEDA merupakan antara jenama tudung yang paling popular di Malaysia.


Dengan menggunakan tagline tudung FAREEDA... anda nyata jelita telah menjadi satu fenomana di kalangan wanita masa kini. Rekaan Tudung Fareeda kini telah melangkah setapak dalam industri rekaan tudung, dimana ia menjadi salah satu penaja utama bagi penyampai wanita dalam rancangan dan rangkaian TV di malaysia, antaranya Berita TV9, TV Al-Hijrah, Berita TV1 dan Wanita Hari Ini.



Rujukan



--------------------------------------------------------------------------------------------

Rekaan Pakaian Pengantin Oleh Vera



Vera Wang dilahirkan pada 27 Jun, 1949, di New York City dan merupakan seorang bekas pemain ice skating. Vera Wang juga adalah editor kanan fesyen di Vogue selama 15 tahun dan kemudian pengarah reka bentuk bagi Ralph Lauren. Vera Wang telah mereka pakaian perkahwinannya sendiri, kemudian membuka butik pengantin selepas beliau melancarkan koleksinya sendiri. Kini dia sangat popular, dan mempunyai ramai pengikut di Hollywood. Dia juga turut  mereka bentuk pakaian, barang kemas dan produk keperluan asas.

Vera Wang telah mendapat pendidikan di Chapin School elit dan Sekolah Amerika Ballet, sebelum mendaftar di Sarah Lawrence College. Pada tahun kedua, dia telah meneruskan pengajiannya di luar negara di Sorbonne, Paris, tetapi kembali ke Amerika Syarikat untuk melengkapkan ijazah dalam sejarah seni.
Penglibatan awal Wang dalam dunia fesyen bermula pada tahun 1989, semasa Vera Wang ingin berkahwin dengan teman lelakinya Arthur Becker.

Dia sangat kecewa dengan pemilihan pakaian pengantin yang sedia ada, maka dia telah melakarkan reka bentuk pakaian pengantinnya sendiri dan telah menugaskan seorang tukang jahit untuk menyiapkan rekaan gaun yang telah direka rumit dengan kos sebanyak $10,000. Pada tahun berikutnya, Vera Wang membuka butik pengantin sendiri di kelas Carlyle Hotel di Madison Avenue di New York City.  Kebanyakkan rekaannya tertumpu pada selebriti dan golongan atasan. Vera Wang Bridal House mulanya ditawarkan bagi mereka gaun pengantin yang anggun oleh pereka terkenal Guy Laroche, Arnold Scaasi, Carolina Herrera, dan Christian Dior. Pada tahun seterusnya, Wang terus mengasah kemahirannya sebagai seorang pereka fesyen dan akhirnya dapat melancarkan koleksi pakaian pengantinnya sendiri dengan mengikuti rekaan pakaian pegantin yang terkini mengikut peredaran semasa.

Vera Wang mula menerima perhatian antarabangsa semasa Sukan Olimpik 1994 apabila dia telah mereka ensemble tangan manik untuk pemain ice skating Nancy Kerrigan.  Dia telah mereka satu rekaan busana yang cantik mengikut permintaan pelanggannya dan boleh didapati secara eksklusif di butik Manhattan. Setakat ini, kedua-dua rekaan pakaian pengantin dan pakaian malamnya telah dijual di lebih 55 peruncit mewah termasuk Saks Fifth Avenue dan Neiman Marcus. Fesyen beliau sering dipakai untuk tayangan perdana filem dan majlis anugerah oleh beberapa pelakon berprofil tinggi, seperti Halle Berry, Goldie Hawn, Charlize Theron, Anjelica Huston dan Meg Ryan.


Rujukan
http://www.verawang.com/