~~~~ Oleh Norzila Ngadiman ~~~~
Usahawan yang ingin diketengahkan ialah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, berusia 35 tahun, beliau lahir pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan anak keempat daripada enam beradik. Mempunyai kelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994), beliau kini merupakan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
Beliau telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009) dan Usahawan Muda KLMCC 2011.
Katanya, beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.
Dato’ Sani merupakan seorang anak muda tempatan yang mempunyai semangat yang kental kerana pada usia 35 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Pernah bergelar pelakon dan penyanyi, tetapi lelaki ini akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan dunia glamor.
Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.
Perniagaan hampir terkubur kerana 2 rakan kongsinya menarik diri, Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.
Akhirnya pada 2006, operasi berjaya dimulakan dengan hanya menggunakan enam buah bas, Sani Ekspres mula memasuki pasaran Pantai Timur untuk laluan Kuala Terengganu-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Kuala Terengganu sahaja. Terbaru, SUSB baru sahaja menandatangani kontrak pem belian 20 buah bas ekspres dua tingkat dari Sweden untuk meningkatkan perkhidmatan dan menambah laluan.
Sani Ekspres bakal melancarkan perkhidmatannya di laluan ke utara dengan melancarkan perjalanan dari Kuala Lumpur-Alor Star dan Alor Star-Kuala Lumpur pada tahun ini.
“Ketika ini, SUSB memiliki restoran berhampiran Kuala Lipis di Pahang dan restoran ini banyak memberi faedah kepada syarikat atau penumpang Sani Express,” katanya.
Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.
Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar. “Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya.
Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.
Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.
Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri iaitu bangunan 3 tingkat sendiri Wisma Dato’ Sani yang terletak di Klang Sentral.yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta beralamat di Wisma Dato' Sani, No. 12 & 14,
Jalan Klang Sentral 3/KU5, Klang Sentral, Bukit Raja, Meru, 41050 Klang, Selangor .
Kompleks Terminal Sani United Sdn Bhd (Sani Express) di Klang Sentral menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggan yang menggunakan khidmat bas ekspres berkenaan. “Kami juga akan membuka sebuah pasar raya di dalam kompleks terminal ini,”
Selain menjadi pusat operasi, wisma ini dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau dan setiap kaunter jualan di negeri mempunyai kamera litar tertutup yang disambungkan terus ke wisma ini.
Bercerita tentang khidmat yang disediakan, 25 buah bas 2 tingkat telah beroperasi yang di lengkapi teknologi keselamatan dari Sweden bernilai 40 juta yang dapat mengesan ketidakfungsian teknikal lebih awal. Kaunter tiket juga diliputi CCTV yang disambungkan dengan ibupejabat bagi melancarkan operasi. Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
Sani Express telah mendapat penarafan 4 bintang oleh Malaysia Institute Of Road Safety Research(MIROS) untuk ‘Safety Star Grading For Bus Operator’.
SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka semua laluan di negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi. Menurut beliau, sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk tujuan itu dan beliau mensasar untuk memiliki 500 kakitangan dalam tempoh berkenaan. Selain itu, beliau juga melibatkan diri dalam perniagaan perhotelan dan hartanah.
SANI United Sdn Bhd (SUSB) telah menyuntik pelaburan kira-kira RM60 juta bagi membina Sani Hotel pertama yang akan memulakan operasi di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur pada pertengahan September ini. Hotel ini mempunyai 137 bilik terletak berhampiran pusat beli-belah The Mall dan berkonsepkan moden pada harga penginapan berpatutan dan mungkin lebih rendah daripada pasaran sekarang.
Untuk kesimpulan, Sani Express Sdn Bhd menyasarkan bukan sahaja memberi tumpuan kepada keuntungan tetapi pelaburan memberi tumpuan kepada keselamatan dan keselesaan bagi setiap penumpang yang kami telah melabur pada:
i. New Hi-teknologi komponen casis Engine by Scania Malaysia.
ii. A bina kukuh dalam R66 Bas badan dan Struktur oleh SKS Coach Builders
iii. Perkhidmatan kontrak bulanan dengan Scania untuk penyelenggaraan bas dan kepakarannya.
iv. Tayar berkualiti tinggi digunakan untuk semua bas. NO tayar penggunaan disediakan.
Beliau berhasrat untuk memiliki 100 buah bas dan menerokai semua laluan yang ada, beliau juga mahu memperkenalkan bas-bas berteknologi tinggi di Malaysia seperti ‘Bullet Bus’ hasil kerjasama dengan sebuah syarikat di Sweeden.
Rujukan :
1. http://jomklikblog.blogspot.com
2. http://www.saniexpress.com.my
3. http://www.usahawan.com/umum/usahawan-selebriti-di-malaysia.html
4. http://billyinfo.blogspot.com
5. http://kisahusahawan.blogspot.com
6. http://www.hmetro.com.my/articles/SanibukahotelRM60j/Article, Isnin, 18 Mac 2014
7. http://www.klmcc.com, Wednesday, 23 March 2011 07:46