Kejayaan Radzuan Radiwill & Bill Keith

 Walaupun hampir 18 tahun berkecimpung dalam dunia rekaan, dengan ada antara pereka seangkatannya sudah tersungkur dan menukar haluan, jenama Radzuan Radziwill masih gah dan cukup dikenali sebagai pereka bercita rasa mewah di kalangan orang kenamaan. Memulakan karier sebagai pensyarah kerana ingin memenuhi permintaan ibu bapa, tidak sampai sebulan Radzuan mengubah haluan bergelar pereka fesyen. Ini kerana dia sendiri tidak menyangka pertandingan Anugerah Benang Emas anjuran majalah Jelita yang disertainya sekadar suka-suka mengubah keseluruhan hidup dan juga kerjayanya apabila dia dinobatkan sebagai pemenang.

Beberapa  tahun selepas itu Radzuan membuka butik sendiri di Kompleks Daya Bumi dengan menumpukan perhatian kepada rekaan busana pengantin. Pada masa sama, dia melalui fasa pembelajaran dengan mempelajari teknik membuat rekaan, lakaran, kaedah memotong, menjahit dan melakukan kerja kemasan terakhir sebelum menyerahkan pakaian kepada pelanggan.

 Bagi Radzuan, resipi kejayaannya mudah iaitu sentiasa memberi tumpuan pada karier dan bekerja keras untuk berjaya. Apa saja dilakukan harus bersederhana sama ada dalam kehidupan, kerjaya dan juga perniagaan.
Mengenai perancangan masa depan, pantas Radzuan berkata yang dia mengimpikan sebuah akademi fesyen bagi membolehkannya berkongsi karya, ilmu dan pengalaman sepanjang berkecimpung di dalam bidang ini bersama pereka muda yang bakal dilatih sebagai pelapis. 
 Radzuan Radziwill berasal dari  Kuala Kangsar, Perak. Beliau seorang  Pereka fesyen dan mempunyai butik sendiri yang diberi nama  Butik  Radzuan Radziwill.  Beliau mendapat pendidikan di dalam bidang Sarjana dalam bidang fesyen, Universiti Bunka, Tokyo Jepun (1994); Ijazah Sarjana Muda (Fesyen), Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Pencapaian yang pernah dicapai :     

•Tokoh Jarum Berlian Malaysia (2005)

•Anugerah Benang Emas - majalah Jelita (1994, 1996)

•Piala Sri Endon (2005)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kejayaan Bill Keith

KESEMPURNAAN, kesilapan dan takdir. Itu tiga perkataan yang menjadi kunci kepada perjalanan hidup selama lima dekad Bill Keith, satu nama yang cukup sinonim dengan dunia fesyen tanah air.
Melihat kerjayanya sekarang ini yang tidak terbatas hanya sebagai pereka fesyen tetapi turut menjalani rutin harian menerusi kerjaya pereka hiasan dalaman dan pensyarah bebas, Bill nyata sudah berada di kemuncak kehidupannya sebagai seorang insan.
Sebelum tiba pada titik hayatnya hari ini, liku-liku sejarah hidup Bill menarik untuk dikongsi bersama. Dilahirkan dua tahun selepas negara mencapai kemerdekaan, hampir seluruh masa kanak-kanaknya berkisar pada zaman 1960-an.
Itu era yang mencabar pada saat negara ini sedang dalam proses untuk berkembang maju. Dilahirkan sebagai anak sulung oleh ibunya yang ketika itu baru berusia 15 tahun, Bill ditinggalkan bersama nenek dan datuknya di Kuala Lumpur. Semuanya gara-gara bapa Bill bekerja di Dungun, Terengganu.

FOTO nostalgia Bill bersama ibu bapa pada usia empat tahun.

Nenek dan datuknya ketika itu menetap di sebuah perkampungan setinggan di Cheras. "Saya tak malu mengakui saya dulu dibesarkan di perkampungan setinggan," tutur Bill yang ditemui di kediamannya di Cheras baru-baru ini.
Namun, itu tidak menghalang Bill daripada menjadi seorang yang mementingkan kesempurnaan. Sebagai anak sulung, ciri tersebut menjadi asas kepada sikap kepimpinan yang terkandung dalam dirinya.
Segalanya bermula pada zaman persekolahannya di Dungun selepas dia tinggal bersama ibu bapanya di sana. Percaya atau tidak, Bill tidak pernah ponteng sekolah. "Rekod kedatangan saya ke sekolah penuh," katanya.
Bill menjelaskan: "Tak tahulah, disebabkan terlalu terlalu ingin sempurna, saya mahu rekod kedatangan saya ke sekolah seratus peratus.
"Justeru, tidak kira sama ada sihat atau sakit, malah kena demam campak sekalipun, saya akan datang ke sekolah semata-mata supaya saya direkodkan hadir ke sekolah."

BILL (kanan) pada usia lapan tahun bersama dua adiknya, Robin dan Jefryusuf.

Disebabkan sikap kepimpinan yang menebal, Bill pantas menjadi murid kesayangan guru-guru di sekolahnya. "Saya dilantik jadi ketua darjah dan juga diminta mengajar pelajar-pelajar lain," ujarnya lagi.
Menurut Bill, dua mata pelajaran yang paling diminatinya ketika di sekolah dulu ialah lukisan dan ilmu alam (geografi).
"Sebenarnya saya memang gila melukis. Saya suka pelajaran ilmu alam pun sebab saya suka melukis peta yang memerlukan lukisan dibuat secara halus dan terperinci serta sempurna."
Dia kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad di Petaling Jaya, kerana mengikut bapanya yang bertukar kerja di Kuala Lumpur.
Mengimbas kembali zaman sekolah rendahnya, Bill mengakui ada kenangan pahit dalam memori hidupnya itu. "Bapa sebenarnya tak suka saya melukis, selalu juga saya kena rotan masa sekolah rendah dulu," luahnya.

COMEL. Bill ketika genap usia setahun.

Namun Bill tetap dengan minat dan pendiriannya meminati lukisan sehinggalah dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Kanada sebaik tamat peperiksaan Malaysian Certificate of Education atau MCE (kini dikenali sebagai Sijil Pelajaran Malaysia).
"Ketika itu bapa bukan main bangga dengan kejayaan saya yang melanjutkan pelajaran ke luar negara," ujarnya.
Sedekad menetap di Kanada
Selama 10 tahun menetap di Kanada, Bill tidak pernah pulang ke Malaysia.
Adakah dia merajuk dengan bapanya? "Bukan kerana dah lupakan Malaysia atau keluarga, tetapi kerana tak cukup wang," jelasnya yang mengambil kursus pelan perbandaran dan psikologi kanak-kanak ketika berjaya memasuki International Foreign College of Toronto, Kanada
"Ketika mula-mula mendaftar untuk melanjutkan pelajaran di Kanada, saya sudah kena bayar wang pendahuluan untuk tiga bulan pertama, sebanyak RM5,000," ceritanya.
Menjelaskan lebih lanjut, tuturnya: "Selepas itu, untuk menyara kos belajar dan hidup, saya menjadi pelukis jalanan sambilan dan menjual lukisan-lukisan saya.
"Selain itu, saya menjadi tutor sambilan mengajar bahasa Inggeris untuk kanak-kanak berusia 8 hingga 12 tahun. Ketika itu, hari-hari saya hanya makan sandwich untuk berjimat dan simpan duit."

BILL KEITH, satu nama besar industri fesyen tanah air.

Namun, disebabkan sikap kepimpinan yang ada dalam dirinya dan sikapnya yang mudah mesra, nama Bill dikenali ramai dan dia pernah dilantik sebagai presiden persatuan pelajar luar negara di kolej tersebut.
Selepas dua tahun menimba ilmu di kolej itu, Bill akhirnya diterima menyambung pelajaran di George Brown College.
Di situlah Bill melakukan 'kesilapan' dalam percaturan hidupnya. Beritahunya: "Saya mendaftar untuk mengambil jurusan yang saya minati iaitu lukisan. Tapi saya terkejut besar apabila masuk kelas, saya dikehendaki menjahit. Sedangkan saya tidak pernah berpengalaman menjahit.
"Rupa-rupanya kursus yang saya ambil itu berkaitan dengan fesyen. Masa saya mula-mula ambil kursus itu saya ingat ia cuma berkait dengan lukisan.
"Namun, seperti juga di sekolah, saya tetap menjadi anak emas guru, apabila saya turut diberi kepercayaan oleh para profesor yang mengajar di situ untuk membantu pelajar-pelajar lain yang lemah."
Tambahnya: "Kalau nak tahu, daripada seramai 400 orang yang diterima masuk ke George Brown College, hanya 200 yang kekal dalam kursus dan pada akhir tempoh pengajian tidak sampai 10 orang yang berjaya menjadi graduan. Ramai yang tidak tahan belajar di situ kerana lebih banyak praktikal berbanding teori."
Bill nyata seorang yang bijak menambahkan ilmu dan pengalaman. Bagi mendalami pengetahuan tentang fesyen, dia belajar secara sambilan di Barbizon International School of Modelling.
"Di sini, guru-gurunya terdiri daripada kalangan model, jadi banyak yang saya belajar. Ia membantu saya untuk menjadi pereka fesyen yang baik," tegas Bill.
Merenung sejenak, Bill kemudian berkata: "Mungkin kesilapan saya memilih kursus pengajian itu sesuatu yang sudah ditakdirkan.
"Saya pelik, kelayakan untuk mengambil kursus pengajian tersebut syarat utamanya ialah memiliki kepakaran menjahit dan sebelum seseorang pelajar diterima, satu bentuk penilaian seperti uji bakat dilakukan. Namun, saya terus diterima masuk begitu sahaja. Itu yang saya hairan."
Kesedihan di Kuala Lumpur
Akhirnya selepas sedekad berkelana di Kanada, pada tahun 1985, Bill yang memiliki kewangan yang cukup kembali untuk bercuti ke Malaysia.
"Pada asalnya saya pulang untuk bercuti, tetapi apabila melihat keadaan keluarga saya yang tidak sempurna dan tidak harmoni disebabkan bapa yang selalu tiada di rumah, saya mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia bagi membantu keluarga saya," ucapnya yang pernah muncul dalam program TV, Casa Impian.
Berbekalkan segala pengalaman dan ilmu yang diperolehnya di Kanada, Bill memulakan kerjanya sebagai pereka fesyen di Kuala Lumpur sehinggalah memiliki gedung fesyen utamanya, The House of Bill Keith.
Bill ternyata pereka yang disenangi ramai, tidak terkecuali di kalangan selebriti dan artis.
"Terbaru, saya menghasilkan kostum yang digayakan oleh pasangan Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir bagi menghadiri majlis resepsi perkahwinan Mawi dan Ekin di Palace of the Golden Horses baru-baru ini.
"Malah Erra Fazira juga ada menyuruh saya mereka 10 pasang baju mengandungnya," ujarnya yang sudah 10 tahun menetap di kediaman yang disewanya.
Kenapa hanya menyewa? "Saya fikir lebih elok saya hanya menyewa, malah saya ada menyewa sebuah lagi rumah teres berhampiran kediaman saya ini yang dijadikan stor bagi memuatkan barang-barang yang berkaitan kerjaya saya."
Sebelum menoktahkan bicara, Bill menegaskan: "Saya beri masa lima tahun lagi untuk bergiat dalam bidang fesyen. Selepas itu saya akan buat apa yang saya mahu lakukan."
Seorang yang berkeyakinan tinggi pada diri sendiri, tidak bergantung kepada orang lain dan mempunyai tahap keyakinan dan motiwasi yang tinggi.
Bill Keth memenangi anugerah Most Talented Designer dan Best Presentation bagi semua koleksi rekaan beliau.
Rekaan yang dihasilkan beliau dijadikan headlines di :-
1.     Jean- Paul Gaultier Eye wear Shows
2.     The nokia 8210 mobile phone launch
3.     The Kent 961 Fashion Collection, L’ORL, Bonia Skin Collection. Mac Cosmetics di The International Fashion Aids Show di Toronto, Canada.
Beliau mendapat pendidikan dari York University, Toronto, Canada dan George Brown College of Applied Art Dan Technology, Toronto, Canada. Beliau berada dalam bidang perniagaan sejak tahun 1988.
        Pengalaman dalam perniagaan
1.     Pereka untuk Escada Fashion House Toront
2.     Visual Merchanding Executive the Parkson Grand
3.     Pemilik The House Of Bill Keith sejak 20 tahun yang lalu

Pengalaman dalam fesyen
1.     Mewakili Malaysia sebagai pereka rasmi untuk MAS dan MBT untuk Australia, USA, Jepun, Korea, Afrika selatan, Jerman, New Zealand, China, SIngapura, Brunei, France, UK, Holland dan Olimpik di Barcelona.
2.     Pakar runding kepada artis (penyanyi dan pelakun)
3.     Grooming speaker dan pensyarah untuk sekolah-sekolah, organisasi dan mencipta serta mereka bagi pakaian seragam , perancang perkahwinan, lifestyle-interior consultant untuk resort, kediaman dan korporat sebagai juruhias.
Anugerah dan pengiktirafan
1.     Presiden MODA
2.     Moet@ chandon tribute untuk anugerah fesyen tahun 1999

Sumber Rujukan
1.     Buku Kerjaya Sebagai Pereka Fesyen